White House menamakan Sarah Huckabee Sanders sebagai setiausasa akhbar baharu menggantikan Sean Spicer yang meletak jawatan.

Pengumuman itu dibuat Pengarah Komunikasi White House yang baharu dilantik, Anthony Scaramucci.

Sanders sebelum ini merupakan timbalan Spicer.

Menurut White House, Spicer meletakkan jawatan sebagai membantah keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melantik Scaramucci yang sebelum ini berkhidmat sebagai pakar kewangan Wall Street.

Spicer, antara orang paling penting dalam pentadbiran Trump, meletak jawatan selepas hanya enam bulan berkhidmat.

Sejak beberapa minggu lalu, Trump dilihat meminggirkan beliau selepas melantik Scaramucci sebagai pengarah komunikasi baharu dalam cubaan untuk memulihkan imej pentadbiran yang dilanda pelbagai kontroversi.