Tutup

Berita  | Dunia

Satu maut kejadian gempa bumi di Peru

Satu maut kejadian gempa bumi di Peru
Gempa berukuran 8.0 pada skala Richter itu turut memusnahkan lebih 50 buah rumah. - Foto AP
LIMA: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, manakala 11 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi di utara Peru pada awal pagi Ahad.

Pusat Kecemasan Kebangsaan Peru (COEN) memaklumkan, gempa berukuran 8.0 pada skala Richter itu turut memusnahkan lebih 50 buah rumah.

Selain itu, beberapa buah sekolah, gereja, hospital dan klinik juga dilaporkan mengalami kerosakan.
Menurut COEN, mangsa dilaporkan terbunuh akibat rumahnya dihempap batu yang besar ekoran gegaran tersebut.

BACA: Gempa bumi kuat 8.0 magnitud landa Peru
Pusat gempa itu yang terletak pada kedalaman 110 kilometer dirasai gegarannya hampir di seluruh negara tersebut, termasuk negara jirannya Colombia dan Ecuador.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut melanda kira-kira 75 kilometer di tenggara Lagunas dan 180 kilometer timur bandar Moyobamba.

Selain itu, bekalan elektrik turut dilaporkan terputus di bandar-bandar Iquitos dan Tarapoto.



Tag: gempa bumi kuat, Pusat Kecemasan Kebangsaan Peru, COEN, Peru, gempa di Peru, USGS


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.