Berita  | Dunia

Satu terbunuh, dua cedera dalam dua letupan di Texas

Satu terbunuh, dua cedera dalam dua letupan di Texas
Pihak polis Austin mengesyaki kedua-dua letupan ini mempunyai kaitan dengan letupan yang berlaku pada 2 Mac lalu yang mengorbankan seorang lelaki, 39. - REUTERS/Sergio Flores
AUSTIN: Seorang remaja lelaki terbunuh manakala dua wanita cedera dalam dua letupan bom berasingan di Austin, Texas, Amerika Syarikat pada Isnin.

Menurut polis tempatan, letupan pertama berlaku kira-kira jam 6.44 pagi waktu tempatan apabila remaja terbabit, 17 tahun, menjumpai bungkusan di luar rumahnya dan membawanya ke dapur, di mana pakej tersebut meletup.

Seorang mangsa wanita yang berusia 40-an pula mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa dan telah dibawa ke hospital berdekatan.
Lima jam selepas letupan bom pertama, seorang wanita berbangsa Hispanik berumur 75 tahun turut menemui sebuah bungkusan di luar rumahnya.

Bungkusan itu kemudiannya meletup apabila dia mengambilnya.



Mangsa mengalami kecederaan teruk dan dilaporkan dalam keadaan keadaan kritikal.

Pihak polis Austin mengesyaki dua letupan ini mempunyai kaitan dengan letupan yang berlaku pada 2 Mac lalu yang mengorbankan seorang lelaki, 39 tahun.

Ketiga-tiga letupan yang berlaku mempunyai persamaan di mana sebuah bungkusan ditinggalkan di hadapan sebuah kediaman dan meletup selepas mangsa cuba mengambil atau membukanya.