Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata beliau wajar menerima kenaikan gaji kerana beban tugas semakin berat.

Malah, beliau tanpa berselindung memberitahu kenaikan gaji itu mampu meringankan lagi kos sara hidupnya kerana memiliki dua isteri.

Semasa berucap di kem tentera di Iloilo pada Khamis lalu, Duterte mengaku gaji diterimanya hanyalah 200,000 peso (RM15,126).

"Saya sangat penat. Tahukah berapa gaji yang saya dapat setiap bulan? Hanya 200,000 peso.

"Amaun itu tidak cukup kerana saya miliki dua isteri," katanya sambil disambut gelak tawa para hadirin.

Difahamkan, gaji presiden Filipina naik empat tahap pada tahun hadapan, namun ia tidak seperti didambakan Duterte yang menginginkan gaji berjumlah 1.5 juta peso sebulan. - Sumber Daily Inquirer.