Berita  | Dunia

'Saya anggap Habibie seperti keluarga' - Anwar

'Saya anggap Habibie seperti keluarga'  - Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terkesan dengan pemergian bekas Presiden Indonesia ketiga itu. Foto: Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR : Pastinya khabar pemergian Allahyarham Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie amat mendukakan buat seorang sahabat karib.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terkesan dengan pemergian bekas Presiden Indonesia ketiga itu.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Anwar menceritakan saat-saat Habibie bersama dengannya sewaktu melalui waktu getir dalam kehidupannya.

“BJ Habibie seorang individu yang saya anggap sebagai keluarga dan sangat prihatin tentang derita yang saya lalui semasa saya selesai operasi, bebas dari penjara di mana Allahyarham dan Allahyarhamah Ibu Ainun yang menjaga saya.

“Saya kesan sosoknya sederhana, bicaranya pintar dan panjang namun tidak sebagai seorang politisi biasa.

“BJ Habibie ini bicara dari keyakinan serta dari hati nurani. Perkara ini saya lihat sebagai sesuatu yang unik dari seorang tokoh dan pemimpin besar yang pastinya akan dirindui serta dikenang semua pihak,” ujarnya.

 

BACA: BJ Habibie meninggal dunia pada usia 83 tahun

BACA: Pemergian BJ Habibie satu kehilangan besar - Tun Mahathir


Pada masa sama, beliau mewakil PKR dalam menyampaikan ucapan takziah atas pemergian tokoh Indonesia yang disanjung itu.

Habibie meninggal dunia pada usia 83 tahun pada jam 6.05 petang Rabu.

Berusia 83 tahun, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di samping keluarganya. Perkara itu disahkan anak lelakinya, Thareq Kemal.

BACA: Jokowi tidak sempat bertemu Habibie 

BACA: "Pak Habibie bapa teknologi Indonesia" - Jokowi


Difahamkan Habibie mula menjalani rawatan secara intensif di hospital tersebut sejak 1 September lalu berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.


Tag: BJ Habibie, bekas Presiden Indonesia, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meninggal dunia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.