Seorang lelaki yang didakwa memakan seekor kucing hidup-hidup telah menyerah diri kepada pihak berkuasa seminggu selepas kejadian itu tular di media sosial.

Lelaki yang dikenali sebagai Abah Grandong itu dilapor melarikan diri daripada polis sejak minggu lalu sebelum menyerah diri.

Suspek yang berasal dari Jakarta, Indonesia itu didakwa memakan seekor kucing hidup-hidup dalam video viral yang tersebar di Facebook pada 19 Julai.

Atas tindakannya itu, dia boleh didakwa dengan kesalahan mendera haiwan dan berdepan hukuman 9 bulan penjara.

Dalam kenyataannya kepada polis, Abah Grandong memberitahu dia menyangka haiwan yang dimakan itu adalah arnab, bukannya kucing.

Katanya, ketika itu, dia cuba mengusir penjual dari pasar dan apabila mereka tidak mengendahkannya, dia menjadi marah dan memakan kucing itu hidup-hidup.

Abah Grandong diarah menjalani pemeriksaan kesihatan mental selama 14 hari di Hospital Polis di Jakarta Timur.

Terdahulu, suspek dilapor mengeluarkan kenyataan maaf berhubung tindakannya yang menyebabkan gangguan awam.

Dalam kejadian dipercayai di sebuah pasar utama di Jakarta itu, Abah Grandong dilihat memegang kucing berkenaan sebelum menggigit bahagian badan haiwan malang itu hingga perutnya terburai.

BACA: Video tular: Lelaki makan kucing hidup-hidup diburu polis