"Saya punya lagi 'besar' dan berfungsi!"- Trump tempelak Kim Jong Un

|

Kenyataan Presiden Korea Utara itu nyata membuatkan Trump naik angin. - Gambar Fail REUTERS/Kevin Lamarque

WASHINGTON: : "Butang nuklear milik  saya lebih besar dan lebih baik daripada butang nuklear kamu!"

Itulah mesej dari Presiden Donald Trump kepada Korea Utara Kim Jong Un pada Selasa.

Trump menulis tweet sebagai balasan kepada pengisytiharan Kim pada awal minggu ini bahawa dia mempunyai butang untuk senjata nuklear di atas meja dan seluruh tanah besar AS dan begitu hampir dengan jarinya.

BACA: Amerika jangan main-main, jari saya sentiasa dekat dengan butang nuklear - Kim Jong Un

Ternyata kenyataan Kim itu sangat memberi kesan kepada Presiden Amerika Syarikat itu sehingga terpanggil untuk membalasnya.

Dalam entri itu juga Trump bertanya sama apakah ada seseorang dari rejim kekurangan makanan dan lemah seperti Kim boleh memaklumkan kepadanya bahawa dia juga mempunyai butang nuklear.

Apa yang penting kata Trump butang nuklear miliknya masih berfungsi!

Outbrain