Seorang pesalah laku seks ditahan selepas menulis surat kepada Setiausaha Dalam Negeri di sini memohon supaya perlakuan seksual terhadap kanak-kanak (pedofilia) dibenarkan.

Phillip Kirk ditahan beberapa minggu selepas memfailkan ‘permohonan’ itu dalam sekeping surat kepada Theresa May.

“Saya telah menjadi seorang pedofil sejak berusia 13 tahun dan telah menjadi pedofil secara terbuka sejak tiga tahun lepas,” jelas Philip dalam surat tersebut.

Philip baru dibebaskan dari penjara atas beberapa tuduhan termasuk mencuri kit pendidikan jasmani dari bilik persalinan sekolah di persekitaran kediamannya.

Dalam satu serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di rumahnya di York, di sini amat mengejutkan apabila lebih 1,000 keping gambar-gambar lucah kanak-kanak dijumpai.

Polis turut mendapati Philip giat membuat pencarian mengenai remaja perempuan dan pembunuhan kanak-kanak.

Hakim Stephen Ashurst semasa menjatuhkan hukuman menyifatkan surat yang diutus Philip sebagai satu pengakuan berbahaya.

“Anda mempunyai minat yang sangat tidak sihat terhadap kanak-kanak dan di sebalik semua pengalaman baru-baru ini, seolah-olah tiada apa-apa yang mampu menghalang anda dari melakukan kesalahan,” ujar Stephen.

Philip, 22 tahun mengaku bersalah terhadap 21 tuduhan memuat turun gambar lucah kanak-kanak dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun. Beliau turut diletakkan di bawah tempoh percubaan selama empat tahun.

Philip turut didaftarkan dalam senarai pesalah seks seumur hidup dan dilarang berada dalam jarak 100-meter di kawasan sekolah dan tempat awam yang dikunjungi golongan belia.

Sewaktu ditahan, Philip telah mendakwa beliau telah melalui zaman kanak-kanak yang suram dan menghidap sindrom autisme.

BACA: Penempatan khas buat pesalah seks?

VIDEO: Gambar anak Harith Iskander dalam laman lucah

BACA: Pelajar genius Malaysia di London dipenjara lima tahun miliki bahan lucah kanak-kanak