"Segi tiga Syaitan Amerika Syarikat, Israel dan Arab Saudi cuba melemahkan Iran."

Demikian penegasan yang dibuat Komander Kanan Pengawal Revolusi Iran, Jeneral Yahya Rahim-Safavi dalam temubual bersama media tempatan Fars News pada Rabu.

"Kita mesti meneutralkan rancangan musuh dalam perang ekonomi dan operasi psikologi ini," jelasnya.

Menurut Yahya Rahim, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Iran untuk bersama-sama kerajaan bagi menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi ketika ini.

Kenyataan itu dibuat susulan kenyataan terbaharu Washington terhadap sekutuya agar menghentikan pengimportan minyak Iran.

Pada hari sama di ibu negara Tehran menyaksikan siri tunjuk perasaan oleh penduduk yang berang dengan kejatuhan nilai mata wang negara itu gara-gara konflik antarabangsa tersebut.