Polis Los Angeles mengarahkan semua sekolah ditutup pada Selasa berikutan ancaman keselamatan.

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles mengesahkan ia menerima ancaman berkenaan.

Namun, setakat ini, belum dapat disahkan bentuk ancaman berkenaan.

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Polis Sekolah Los Angeles, Steven Zipperman berkata, pihaknya menerima 'ancaman elektronik' yang boleh menjejaskan keselamatan di sekolah.

Berikutan itu, katanya, semua sekolah diarah tutup sehingga pihak berkuasa dapat mengesahkan keselamatan semua sekolah berkenaan.


Los Angeles merupakan daerah kedua terbesar di Amerika Syarikat dan mempunyai 640,000 pelajar serta lebih 900 sekolah.