Menteri Dalam Negeri Perancis, Christophe Castaner memaklumkan sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala lebih 12 orang cedera dalam insiden letupan saluran gas di sebuah kedai roti di tengah Paris pada Sabtu.

Sebahagian daripada mereka yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Lebih 200 anggota bomba telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran yang tercetus selepas letupan.


Dua buah helikopter turut berada di lokasi kejadian bagi mengangkut mangsa.

“Angka yang maut dijangka tinggi,” kata Castaner yang turut memaklumkan lebih 100 anggota polis ditempatkan di beberapa lokasi bagi menghalang keluar masuk pelancong dan orang ramai.

Kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi, dan bunyi letupan kedengaran di beberapa blok berhampiran.