Sekurang-kurangnya, lima maut dalam nahas keretapi tergelincir berhampiran bandar Milan, Itali pada Khamis.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat keretapi Ferrovie dello Stato, hampir 100 penumpang lain turut mengalami kecederaan.

Pihak berkuasa menjangkakan jumlah mangsa yang maut mungkin meningkat berdasarkan kerosakan teruk serta tumpahan darah yang banyak di beberapa gerabak keretapi lapan gerabak terbabit

Keretapi tersebut dalam dalam perjalanan dari Garibaldi Gate, Milan menuju Cremona, sebelum tergelincir di kilometer 90 dari arah Milan.

Buat masa ini usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit giat dijalankan dan punca kejadian masih dalam siasatan.