Penjenayah paling dikehendaki dan juga seorang bekas pegawai polis didakwa dengan 13 lagi tuduhan rogol dan bunuh di lima daerah di California, Amerika Syarikat dalam kes pembunuh bersiri 'Golden State'.

Pendengaran itu dipersetujui di Mahkamah Agung Sacramento pada Khamis dan makamah turut menetapkan perbicaraan besar-besaran minggu ini.

Ia merupakan siri jenayah oleh lelaki yang turut digelar 'pemangsa raksasa' itu membabitkan puluhan kes rogol, pembunuhan di beberapa kawasan di California sekitar tahun 1970-an dan 1980-an.

Tertuduh, Joseph Deangelo, 72, turut didakwa membuat 13 penculikan dan samun.

Deangelo ditangkap pada April di rumahnya di Sacramento.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebelum ini mengatakan bahawa Deangelo diburu dalam kes 40 tahun lalu itu berkaitan dengan 12 pembunuhan, 45 kes rogol dan lebih daripada 120 kes samun di sekitar Sacramento, kawasan Teluk di timur San Francisco dan dua daerah di California Selatan.

Suspek yang juga digelar oleh penyiasat sebagai "East Area Rapist" dan "Original Night Stalker, dianggap sebagai salah satu siri pembunuh yang paling prolifik di negara itu, kata FBI.