DALAM siasatan berkenaan skandal kelab ‘Monkey Museum’, Seungri dan Yoo In Suk didakwa menyeleweng dana kelab itu dan mereka kini telah didakwa di atas tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Pesuruhjaya Polis Metropolitan Seoul, Won Kyung Hwan, mengumumkan pada sidang akhbar bahawa telah mendakwa Seungri, bekas anggota Big Bang dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Yuri Holdings, Yoo In Suk atas tuduhan penyelewengan duit.

Won turut mengumumkan bahawa Seungri dipercayai telah melanggar Akta Anti-Rasuah, dan memutuskan bahawa Seungri turut terlibat dalam kegiatan pelacuran.

BACA: Seungri akhirnya mengaku sebar rakaman video seks

BACA: Sebar video seks, Jung Joon-young ditahan polis

“Dana yang dicuri berjumlah puluhan juta won (ratusan ribu ringgit). Walau bagaimanapun, polis masih sedang menyiasat jumlah dana tertentu dan bagaimana ia digunakan” menurut Won lagi.

‘Monkey Museum’ adalah kelab yang diasaskan oleh Seungri dan Yoo In Suk sejak Julai 2016, dan ia sedang disiasat selepas didakwaa menyalahguna tugas dengan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Superintendan Yoon.

Ia juga didedahkan semasa siasatan bahawa Seungri mengaku memberi pegawai polis, Yoon dan isterinya tiga tiket ke konsert Big Bang. Perkara ini dikatakan melanggar Akta Anti Rasuah dan Akta Perbuatan Rasuah.

Akta tersebut menyatakan mana-mana pegawai awam dan pasangan mereka tidak dibenarkan menerima hadiah bernilai lebih daripada 50,000 won (RM179).