Sembilan pelajar dari University of California, Santa Barbara didapati tidak sesdarkan diri selepas menghadiri sebuah majlis tari menari di Santa Barbara pada Jumaat.

Pejabat Sheriff Santa Barbara County berkata penuntut terbabit dipercayai telah mengambil sejenis ubat khayal yang menyamai kesan dadah jenis morfin iaitu opioid.

Polis dan pasukan paramedik dikerah ke majlis itu selepas menerima panggilan kecemasan dari seorang penuntut yang turut berada di majlis berkenaan.

Kesemua penuntut di temui di beberapa tempat berasingan dengan masing-masing tidak sedarkan diri dan sukar bernafas.

Siasatan awal polis mengesahkan pili berwarna biru terbabit diperoleh dari sebuah klinik swasta dan penuntut terbabit telah mengambilnya secara berlebihan.

Sehingga Sabtu, lapan penuntut telah dibenarkan pulang manakala dua lagi masih menerima rawatan di hospital.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, 19,410 orang meninggal dunia akibat pengambilan ubat fentanyl dan opioid pada 2016.

Namun pakar perubatan mengatakan bahawa pengambilan berlebihan ubat terbait tidak mendatangkan sebarang bahaya sebaliknya percaya ia ada kaitan dengan campuran minuman beralkohol.