Sembilan ekor rusa di Nara Park, Jepun mati selepas termakan beg plastik, lapor aktivis hidupan liar pada Rabu yang menyalahkan trend pelancongan yang tidak terkawal.
Agensi berita AFP melaporkan, Yayasan Pemuliharaan Rusa Nara berkata bahawa gumpalan beg plastik dan bungkusan snek ditemui dalam perut bangkai rusa yang dibedah siasat.
Kematian rusa di taman hidupan liar popular itu direkodkan antara Mac dan Jun tahun ini.
“Sampah terbesar yang ditemui dalam perut salah seekor rusa itu adalah seberat 4.3 kilogram. Kami sangat terkejut,” ujar pegawai rasmi yayasan itu, Yoshitaka Ashimura.
Taman rusa itu mempunyai lebih daripada 1,000 ekor rusa, yang dibiarkan bebas berkeliaran di jalanan dan sering mendekati para pelancong yang menawarkan biskut khas untuk haiwan itu.
Para pelancong dilarang memberi makanan selain daripada biskut yang disediakan, namun Ashimura berkata, masih ada sesetengah pelancong yang memberikan makanan berlainan sesuka hati.
"Rusa-rusa yang menjadi mangsa itu mungkin menyangka bahawa snek dan bungkusannya boleh dimakan terus.
“Haiwan-haiwan itu juga memakan beg plastik yang dibuang ke tanah,” ujarnya yang merumuskan kes kematian itu berlaku sejak bilangan kedatangan pelancong ke taman itu melonjak.
Selain rusa, taman itu juga menawarkan pemandangan menarik termasuk kuil binaan kayu yang dibina sejak berkurun-kurun lamanya.
Bilangan pelancong yang mengunjungi bandar Nara meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan tahun 2017 merekodkan sejumlah 16 juta orang.
Agensi
Thu Jul 11 2019
Nara Park mempunyai lebih daripada 1,000 ekor rusa, yang dibiarkan bebas berkeliaran di jalanan dan sering mendekati para pelancong. -
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Seksa anak kera: Aktivis haiwan, NGO, gagal dapat kebenaran
Hakim memutuskan bahawa pemohon gagal mengemukakan bukti prima facie terhadap alasan mencabar keputusan AGC.
Mahkamah tolak permohonan aktivis haiwan terhadap PBT Cameron Highlands
Mahkamah menolak permohonan itu atas alasan pemohon tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman tersebut.
Selamatkan haiwan daripada penganiayaan, bawa ke pengadilan dengan cara yang betul
Apa yang anda lakukan apabila melihat seseorang melakukan penganiayaan terhadap haiwan?
Perancis haramkan penggunaan haiwan liar dalam persembahan sarkas
Peralihan itu akan mengambil masa beberapa tahun dan pertunjukan haiwan yang sedia ada bakal menerima bimbingan kerajaan.
Sembilan rusa di Nara Park Jepun mati termakan plastik pemberian 'pelancong degil'
Yayasan Pemuliharaan Rusa Nara berkata bahawa gumpalan beg plastik dan bungkusan snek ditemui dalam perut bangkai rusa yang dibedah siasat.
Selepas pengharaman memburu ditarik balik, inilah paus pertama yang ditangkap nelayan Jepun
Langkah menarik balik larangan itu menerima kecaman daripada pelbagai pihak di peringkat antarabangsa, selain khuatir pada nasib spesies paus.