Seorang dilaporkan maut manakala 15 yang lain cedera dalam kejadian ribut yang melanda Perancis pada Rabu.

Kementerian Dalam Negeri negara itu mengeluarkan kenyataan bahawa ribut dan ombak besar yang membadai negara itu kini berada dalam keadaan membimbangkan.

Pasukan Kecemasan negara itu turut memaklumkan setakat ini tidak kurang dari 4,300 kes kecemasan dilaporkan di seluruh Perancis.

Menerusi satu video amatur yang dikeluarkan oleh media tempatan, ombak besar yang melanda mampu mencapai jarak sehingga melimpahi jalan raya di beberapa bandar Perancis.

Ia disifatkan antara ribut yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh beberapa tahun di negara itu.