Sebuah belon udara panas terhempas selepas terkena kabel elektrik bervoltan tinggi semasa penerbangan turun, lalu meragut nyawa seorang pelancong dari Perancis.

Memetik laporan media tempatan, belon udara panas di kawasan pelancongan Cappadocia itu hilang kawalan akibat dipukul angin kuat.

Sementara itu, 20 penumpang lain yang kebanyakannya pelancong tempatan dilaporkan cedera.

Aktiviti penerbangan belon udara panas di sini dihentikan seketika sejak Rabu lalu susulan cuaca buruk.

Ia disambung semula pada Sabtu selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa penerbangan awam.

Februari lalu menyaksikan tragedi lebih kurang sama berlaku di Cappadocia apabila belon udara panas terhempas akibat dipukul angin kuat sekali gus meragut nyawa seorang pelancong Denmark.