Korea Utara dan Korea Selatan mengadakan pertemuan rasmi di Pyongyang pada Isnin.

Delegasi Korea Selatan diketuai Pengarah Keselamatan Kebangsaan Chung Eui Yong mengadakan perbincangan rasmi bersama wakil Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan isu pembangunan tenaga nuklear oleh Pyongyang selain memujuk Korea Utara ke meja rundingan dengan Amerika Syarikat.

Delegasi Korea Selatan seramai 10 orang terbabit kemudiannya dijemput untuk menyertai Kim Jong Un untuk makan malam.