Pesawat pengangkutan tentera Korea Selatan mula menghantar tangerin ke Pyongyang.

Hadiah 200 tan buah limau kecil dari Pulau Jeju itu diberikan kepada Korea Utara sebagai 'balasan' pemberian dua tan cendawan mahal yang diberikan Pyongyang selepas sidang kemuncak antara Presiden Moon Jae-in dan pemimpin Kim Jong-un pada September lalu.

Kediaman rasmi presiden, Rumah Biru dalam satu kenyataan memaklumkan tangerin Jeju yang dibungkus dalam 20,000 kotak itu diterbangkan Korea Utara dengan empat pesawat C-130 selama dua hari bermula semalam.

Beberapa wakil dari Seoul termasuk Timbalan Menteri Penyatuan, Chun Hae-sung dan Setiausaha Presiden untuk Dasar Penyatuan, Suh Ho juga akan menyertai penghantaran pertama itu. - Reuters