Berikutan tragedi serangan di Las Ramblas, Barcelona, pemimpin dunia meluahkan rasa kesal dan simpati terhadap rakyat Sepanyol.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam serangan ini.




Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump turut meluahkan kekecewaan terhadap serangan pengganas dan mengecam tindakan ekstremis.


Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau juga mengecam tindakan Daish itu di akaun Twitternya selain turut mengeluarkan kenyataan.


Bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama turut bersuara di akaun Twitternya menyatakan rakyat Amerika Syarikat berdiri bersama rakyat Sepanyol dalam saat getir ini.


Perdana Menteri United Kingdom, Theresa May juga melahirkan simpati kepada warga Sepanyol.

"Pejabat Luar Negeri sedang mendapatkan maklumat jika ada warga British yang terlibat dalam insiden yang mengerikan ini. Kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa di Sepanyol, dan menyampaikan sokongan penuh kami," kata Theresa May.


"Kami bersama anda," tweet Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang turut menyatakan solidariti kepada rakyat Sepanyol.