PESHAWAR:Sekurang-kurangnya lapan pelajar terbunuh sementara 136 yang lain cedera dalam satu letupan bom ketika kelas bermula di sebuah sekolah agama di Pesahawar, Pakistan.

Menurut pihak berkuasa, bom tersebut meletup beberapa minit selepas seorang individu meletakkan sebuah beg di tepi kelas berkenaan.

Siasatan awal mendapati, sekurang-kurangnya lima kilogram bahan letupan digunakan dalam serangan tersebut.

Beberapa pelajar yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Hospital turut memberitahu, angka korban dijangka meningkat.

Selain itu, beberapa guru dan pekerja di sekolah terbabit juga  dilaporkan cedera dalam serangan berkenaan.