Sekurang-kurangnya 25 terbunuh dan 63 yang lain cedera dalam satu serangan bom berkembar di tengah-tengah kota Baghdad, Iraq pada Isnin.

Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, serangan disasarkan di Aviation Square, pusat komersial penting. Ia berlaku apabila dua lelaki meletupkan 'vest' yang sarat dengan bahan letupan.

Iraq bulan lalu mengiystiharkan perang ke atas kumpulan Daish yang menguasai satu pertiga negara itu sejak tiga tahun lalu, namun serangan tidak pernah terhenti dan terus disasarkan ke seluruh negara itu.