Ibu pejabat syarikat minyak kebangsaan Libya diserang lelaki bersenjata pada Isnin.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan serangan enam lelaki bersenjata itu, yang turut menawan beberapa orang tebusan, berlaku ketika kakitangannya berada di dalam bangunan.

Menurut pihak berkuasa, dua orang terbunuh sementara 10 cedera dalam kejadian yang menyaksikan penyerang dan pengawal keselamatan berbalas tembakan.

Serangan itu menyusul pertempuran baru-baru ini di Tripoli antara kumpulan bersenjata, menyebabkan sekurang-kurangnya 61 orang mati.

Susulan itu, gencatan senjata dilaksanakan sejak minggu lalu.