Tiga suspek serangan rempuh dan tikam di London Bridge serta Borough Market dipercayai pada asalnya mahu menggunakan lori seberat tujuh tan.

Namun kerana gagal mengemukakan bukti pembayaran sewa, maka kenderaan berkenaan tidak dapat digunakan pada hari kejadian.

Mereka terpaksa akur menggunakan van bersaiz kecil yang disewa dari sebuah kedai peralatan perkakasan.

Salah seorang suspek dikatakan memandu van di laluan pejalan kaki sebelum bertindak menikam orang awam yang berada di Borough Market.

Menurut pihak berkuasa, suspek dipercayai membawa bom petrol.

Serangan pada 3 Jun lepas menyaksikan lapan orang terbunuh selain puluhan yang lain cedera.

Ketiga-tiga suspek yang ditembak mati dikenal pasti sebagai Khuram Shazad Butt, Rachid Redouane dan Youssef Zaghba.