Seorang pengebom bunuh diri telah bertindak meletupkan bom dalam kereta berhampiran konsulat Amerika Syarikat di Jeddah, mencederakan dua anggota keselamatan.

Menurut laporan media tempatan, pengebom tersebut dipercayai sedang menuju ke arah sebuah masjid dengan kereta.

Pengebom itu mati di tempat kejadian dan setakat ini, tiada kematian mahupun kecederaan lain dilaporkan.

Menurut AP, usaha untuk menghubungi pegawai Kedutaan AS serta Kementerian Dalam Negeri Saudi bagi mendapatkan ulasan, bagaimanapun gagal.