Lapan terbunuh selepas tiga roket Katyusha dilancarkan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Jumaat.

Serangan berlaku beberapa jam selepas Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan akan mengambil langkah awal untuk melindungi tenteranya jika Washington tahu tentang tindakan terancang oleh pihak tentera yang disokong Iran di Iraq.

Serangan itu juga menyusuli tindakan sama minggu ini di Kedutaan AS di sini.

Menurut laporan media yang dikendali tentera Iraq, roket berkenaan mendarat berhampiran terminal kargo udara menyebabkan dua kenderaan terbakar dan beberapa orang cedera.

Kumpulan tentera darat Iraq berkata lima anggota tentera dan dua orang awam maut dalam serangan itu.

Ketika kejadian, mereka dikatakan sedang membawa ‘tetamu penting’ di dalam kenderaan yang terkorban setelah terperangkap dalam serangan.

White House dalam satu kenyataan mengesahkan ketua skuad elit Iran Quds Force, Jeneral Qassim Soleimani maut dalam serangan itu.


Turut terkorban Abu Mahdi al-Muhandis, timbalan komander kumpulan militan Iran, Popular Mobilization Forces.

Ketegangan Iran-Amerika berlanjutan selepas protes di Kedutaan Amerika di Iraq.

Penunjuk perasaan yang bertindak ganas dipercayai daripada kumpulan pro Iran.