Parlimen Thailand kembali bersidang pada Rabu untuk membahaskan rancangan kerajaan mencari dana pakej rangsangan sejak bermulanya pandemik COVID-19.

Lebih 400 ahli Parlimen menghadiri sesi khas di bangunan Parlimen baharu itu.

Tiga usul akan dibahaskan pihak eksekutif berkaitan pembiayaan bantuan berikutan COVID-19 yang menular di negara itu.

Ini kerana, kerajaan Thailand memerlukan dana kecemasan sehingga 1 trilion Baht (RM136 bilion) sebagai menyokong pakej rangsangan kewangan.

Ia merangkumi subsidi pendapatan, pinjaman dan bantuan kewangan kepada perniagaan dan industri yang terjejas.

Perdana Menteri Prayuth Chan-Ocha menjelaskan bahawa pakej rangsangan kewangan diperlukan kerana ekonomi Thailand menyusut 1.8 peratus pada suku pertama untuk kali pertama dalam tempoh enam tahun.

Industri pelancongan merupakan salah satu industri utama di Thailand yang paling terjejas kerana mencatat kerugian dianggarkan sehingga 40 peratus.

BACA: COVID-19: Thailand catat sembilan kes baharu, sifar kematian

BACA: COVID-19: Thailand lanjutkan tempoh darurat hingga 30 Jun