Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25 (AELM) berakhir dengan para pemimpin menaruh keyakinan tinggi terhadap pemulihan ekonomi dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata sentimen itu disokong oleh pembentangan oleh Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde, yang menyatakan pemulihan ekonomi dunia adalah lebih baik daripada yang diunjurkan.
"Ini berita gembira kepada APEC. Menerusi pemulihan ekonomi, kita dapat meningkatkan kerjasama, memudahkan perdagangan dan integrasi serantau," kata Najib kepada media Malaysia di sini pada penghujung sidang kemuncak Pimpinan APEC selama dua hari.
Lagarde berkata ekonomi dunia berkembang 3.2 peratus tahun lepas.
Ekonomi dunia dijangkakan berkembang 3.6 peratus tahun ini dan 3.7 peratus pada 2018.
"Beliau memberikan analogi mengenai pemulihan ekonomi global yang lebih kukuh. Beliau berkata 'kini matahari sudah menyinar, sudah tiba masanya untuk membaiki bumbung," kata Najib, sambil menambah bahawa negara wajar memanfaatkan unjuran prospek ekonomi yang mengukuh ini untuk membuat persediaan menghadapi musim hujan, serta bagi mengukuhkan ekonomi.
"Sekiranya negara anda mengalami defisit, kurangkan defisit. Sekiranya anda perlu membuat pembaharuan, buatlah pembaharuan. Sekiranya negara mempunyai hutang yang tinggi, kurangkan hutang, supaya anda mempunyai lebih banyak ruang fiskal jika ekonomi kembali merosot," katanya.
Najib berkata APEC telah mencapai kejayaan besar dan sejak penubuhannya, ekonomi APEC berusaha keras mengurangkan halangan perdagangan dan pelaburan.
Hasilnya, APEC yang merangkumi kira-kira 40 peratus daripada penduduk dunia, menyumbang kira-kira 60.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dunia, 51 peratus perdagangan global dan 53. 1 peratus daripada Pelaburan Langsung Asing global FDI).
Jumlah dagangan barangan dan perkhidmatan APEC juga meningkat lima kali ganda sejak penubuhannya pada 1989 kepada US$15.9 trilion pada 2016, dan perdagangan barangan antara negara anggota APEC meningkat lebih daripada sembilan kali ganda kepada US$15.5 trilion pada 2014.
Najib berkata pada sidang kemuncak itu, para pemimpin juga menyedari pentingnya ekonomi Internet dan digital sebagai pemacu utama ekonomi global, dan APEC mesti berada di barisan hadapan.
"Malaysia mencadangkan penubuhan kumpulan pemandu sementara mengenai Internet dan ekonomi digital. Mesyuarat itu juga menyedari sumbangan Malaysia dalam bentuk pelan ekonomi digital APEC," kata Najib sambil menambah bahawa Malaysia juga menyokong cadangan Vietnam untuk menubuhkan kumpulan kerja bagi mencadangkan visi pasca 2020 untuk APEC.
"Ini sangat menarik, memberi inspirasi dan dapat dicapai kerana Malaysia akan menjadi pengerusi APEC pada 2020, katanya.
Najib berkata beliau juga menyebut mengenai Zon Perdagangan Bebas Digital yang menarik pertanian kalangan pemimpin APEC.
"Saya juga membangkitkan kebimbangan mengenai pembangunan modal insan dan perlunya kurikulum sekolah dirombak bagi memastikan kita dapat menghasilkan pekerja yang sesuai untuk industri 4.0 dan pekerjaan yang belum wujud," katanya.
Najib berkata para pemimpin juga komited untuk mencapai Matlamat Bogor bagi merealisasikan perdagangan dan pelaburan bebas dan terbuka di rantau ini.
"Kami bersetuju untuk mempercepat usaha udalam menangani halangan yang tidak konsisten WTO ke atas perdagangan dan pelaburan dan mengambil tindakan konkrit untuk menjayakan Matlamat Bogor menjelang 2020.
"Kami juga menyedari pentingnya rangka perdagangan dan pelaburan yang bukan diskriminasi, timbal balik dan saling menguntungkan," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), yang kini dikenali sebagai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Najib berkata kemajuan yang dicapai bermakna wujud komitmen moral antara 11 negara terlibat.
"Selepas ini, akan ada program kerja yang perlu dilaksanakan, dan Malaysia, sudah pasti akan terus mengekalkan kita perlu menangani dasar sosial yang sensitif seperti keutamaan Bumiputera dan langkah-langkah untuk kesihatan awam.
"Kita tidak akan mengorbankan agenda domestik yang penting dalam persetujuan untuk menerima pakai TPP," kata Najib.
Negara anggota perjanjian perdagangan itu mencapai kesepakatan untuk meneruskan siri rundingan di Da Nang yang menyaksikan kegagalan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau hadir semasa pertemuan pemimpin TPP, yang hampir menggagalkan usaha untuk menghidupkan semula perjanjian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua-ketua Negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik menyertai Sesi Dialog APEC-ASEAN sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) . - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Sambutan dibatalkan, digantikan dengan doa selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Forum Umrah dan Ziarah 2024 kini bermula
Setiap tahun, jutaan umat Islam mengembara ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah.
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok
Pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.