Singapura akan membantah permohonan Malaysia bagi interpretasi penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) 2008 dalam kes berhubung kedaulatan ke atas Pedra Branca (Pulau Batu Puteh), Middle Rocks (Batuan Tengah) dan South Ledge (Tubir Selatan).
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA) berkata permohonan Malaysia bagi interpretasi yang difailkan semalam, adalah tambahan kepada, dan berasingan daripada permohonan yang difailkan pada 2 Feb, 2017 bagi semakan Penghakiman ICJ.
"Pada pandangan kami, Penghakiman ICJ adalah terang dan jelas. Permohonan Malaysia untuk ICJ membuat interpretasi terhadap penghakiman menimbulkan kebingungan.
"Oleh itu, Singapura akan membantah permohonan Malaysia bagi interpretasi yang kita anggap sebagai tidak perlu dan tanpa merit," kata MFA.
Kementerian menambah bahawa Singapura akan memfailkan Pemerhatian Bertulis mengenai permohonan interpretasi dalam masa terdekat.
"Sebagaimana kami yakin tentang kes kami mengenai permohonan semakan, kami juga yakin bahawa kami bersandarkan kepada alasan kukuh untuk membantah permohonan terbaharu oleh Malaysia untuk interpretasi," kata Kementerian.
MFA menarik perhatian bahawa Singapura komited untuk menyelesaikan isu-isu ini mengikut undang-undang antarabangsa.
Dalam permohonan yang dinyatakan oleh ICJ dalam satu kenyataan media pada Jumaat, Malaysia meminta mahkamah yang berpusat di The Hague memutuskan dan mengisytiharkan bahawa perairan di sekitar Pedra Branca/Pulau Batu Puteh berada dalam perairan wilayah Malaysia; oleh kerana Tubir Selatan terletak dalam perairan wilayah Malaysia, dan oleh yang demikian kedaulatan ke atas wilayah itu adalah milik Malaysia.
Malaysia memfailkan permohonan bagi semakan Penghakiman ICJ pada 2 Feb selepas menemui fakta baharu berdasarkan tiga dokumen yang disimpan di National Archives of the United Kingdom bagi menyokong tuntutannya.
Singapura sementara itu telah memfailkan Pemerhatian Bertulis pada 24 Mei, 2017 sebagai respon kepada permohonan Malaysia bagi semakan penghakiman ICJ.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2017
Malaysia meminta mahkamah yang berpusat di The Hague memutuskan dan mengisytiharkan bahawa perairan di sekitar Pedra Branca/Pulau Batu Puteh berada dalam perairan wilayah Malaysia. - Gambar fail
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
Sempadan maritim: Malaysia-Singapura terus berunding
Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat kelapan Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) yang dijadual pada Oktober ini.
Singapura alu-alukan cadangan kerjasama keselamatan sekitar Pulau Batu Puteh
Dr Ng dilaporkan beliau bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mohamad Sabu, sambil berkata kerjasama akan mewujudkan situasi menang-menang bagi kedua-dua negara jiran itu.
ICJ dan Batu Puteh: Jangan buat kerbau tanduk panjang
Pepatah ini bertepatan dengan apa yang berlaku sekarang ini berkaitan keputusan Malaysia untuk menyemak semula kes Batu Puteh yang sekarang ini menjadi milik Singapura.
Interpretasi penghakiman Batu Puteh: Laut China Selatan mungkin jadi wilayah Singapura?
Jika ICJ mengiktiraf Batu Puteh sebagai pulau, Singapura boleh mengambil 200 batu nautika Zon Perairan Eksklusif termasuk di Laut China Selatan.
Johor harap keputusan positif isu Pulau Batu Puteh
Johor berharap kerajaan memperoleh keputusan positif bagi permohonan semula semakan terhadap penghakiman ICJ berkaitan kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Penemuan 'fakta baharu' dorong Malaysia mohon semakan semula keputusan ICJ mengenai Pulau Batu Puteh
"Fakta baharu", yang mendorong Malaysia memohon semakan semula keputusan ICJ berhubung Pedra Branca adalah merujuk kepada tiga dokumen yang ditemukan di National Archives of the United Kingdom.
Singapura kaji permohonan Malaysia bagi semakan penghakiman ICJ
Singapura sedang mengkaji permohonan Malaysia bagi semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Malaysia fail permohonan bagi semakan terhadap keputusan ICJ berhubung Pulau Batu Puteh
Malaysia memfailkan permohonan bagi semakan terhadap keputusan ICJ dalam kes mengenai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Batu Puteh: 4 perkara setiap warga Malaysia perlu tahu
Setelah hampir 10 tahun, kebanyakan rakyat Malaysia mungkin telah melupakan kes Batu Puteh. Menurut Dr. Hazmi Rusli, penting untuk kita melihat semula implikasi keputusan ICJ ini.