Singapura masih lagi berjerebu hari ini dengan kualiti udara kekal pada tahap tidak sihat.

Setakat 10 pagi ini, bacaan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24-jam seluruh pulau itu berada dalam julat 141 hingga 183, antara pertengahan dan teratas dalam kategori tidak sihat, sementara PSI tiga jam adalah 167, menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) republik itu.

Untuk hari ini, NEA berkata tiupan angin diramal bergerak timur-timur laut atau timur-tenggara dan keadaan berjerebu dijangka reda sedikit.