Bersempena dengan penganjuran sidang kemuncak di antara Amerika Syarikat dan Korea Utara di Singapura 12 Jun ini, pihak berkuasa di sana meningkatkan tahap keselamatan di beberapa lokasi utama yang bakal menjadi tumpuan.

Ia termasuk mendirikan penghadang konkrit di jalan-jalan utama di Tanglin.

Tanglin merupakan salah satu daripada dua lokasi berlangsungnya acara khas bersempena sidang kemuncak itu yang dijadual bermula 10 hingga 14 Jun depan.

Kawasan itu juga berdekatan dengan kedutaan Amerika Syarikat dan beberapa hotel utama.

Satu lagi kawasan terlibat adalah Pulau Sentosa yang bakal merakam sejarah berlangsungnya sidang kemuncak di antara Donald Trump dan Kim Jong Un pada 12 Jun depan.

Pertemuan kedua-dua pemimpin negara ini bertujuan untuk memulakan proses menamatkan program nuklear Korea Utara.