Semua sekolah di Singapura di arah tutup bermula hari ini berikutan Indeks Standard Pencemaran (PSI) 24 jam republik itu mencecah paras bahaya.

Menteri Pendidikan Heng Swee Keat berkata arahan penutupan berkuat kuasa untuk semua sekolah rendah, menengah dan tadika di bawah Kementerian dan Sekolah Pendidikan Khas.

Menurut Heng dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, ibu bapa yang tidak dapat membuat pelan alternative disebabkan notis singkat berkenaan masih boleh menghantar anak ke sekolah dan mereka akan ditempatkan di bilik berhawa dingin.

Kementerian turut menjadualkan semula peperiksaan GCE O-Level Singapura-Cambridge kerana keadaan jerebu yang semakin buruk.

Menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan, pada jam 10 pagi PSI 24 jam mencatat bacaan antara 264 hingga 321 sementara bagi bacaan PSI tiga jam, ia mencatat bacaan 256.