Singapura sekali lagi menegaskan kesediaannya menyokong tindakan Filipina dalam memerangi pengganas di Marawi, kata Kementerian Luar (Mindef) Singapura hari ini.
Penegasan itu dibuat pada pertemuan antara Menteri Luar Singapura Dr Ng Eng Hen dan Setiausaha Pertahanan Negara Filipina Delfin Lorenzana pada Selasa, kata kementerian itu dalam kenyataan di sini.
Dr Ng melakukan lawatan kerja dua hari ke Filipina bermula 18 Julai untuk menambah pengetahuan tentang keadaan keselamatan di selatan negara itu serta meninjau perkara yang boleh dilakukan Singapura untuk menyokong Filipina dalam usahanya menentang keganasan.
"Walaupun Angkatan Tentera Filipina (AFP) yakin Marawi akan selamat daripada ancaman pengganas tidak lama lagi, usaha bersepadu perlu terus dilakukan bagi memastikan sel pengganas lain pula tidak bertapak di selatan Filipina kerana ia boleh menggugat kestabilan di seluruh ASEAN," kata kementerian itu.
Katanya kumpulan yang mempunyai kaitan dengan ISIS telah mengumumkan rancangan mereka untuk menyerang bandar raya di negara anggota ASEAN bagi menubuhkan pentadbiran khalifah.
Sebagai usaha bersama untuk menentang ancaman keganasan, Dr Ng menawarkan bantuan Tentera Udara Singapura (SAF) dalam bentuk sebuah pesawat pengangkut C-130 milik pasukan itu bagi menghantar bekalan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang dipindahkan dari Marawi; penggunaan kampung latihan bandar SAF oleh anggota AFP; dan penghantaran pesawat udara tanpa juruterbang bagi meningkatkan kemampuan AFP dari segi perisikan, pemantauan dan pengawasan.
Mindef berkata Lorenzana menyatakan penghargaannya dan menerima secara prinsip tawaran Singapura itu.
Menurut kementerian berkenaan, lawatan Dr Ng itu membuktikan hubungan mesra dan erat yang wujud antara Singapura dan Filipina dalam bidang pertahanan.
Angkatan tentera dari kedua-dua negara sering berinteraksi melalui lawatan, program pertukaran profesional dan latihan pelbagai hala seperti 'Exercise Coordinated Response' pada Januari 2017, yang merupakan latihan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) pelbagai negara pertama dihoskan Pusat Penyelarasan HADR Serantau Changi.
Pada 19 Jun, Singapura menghadiri upacara pelancaran Rondaan Maritim Tiga Pihak (TMP) oleh Indonesia, Malaysia dan Filipina di Tarakan, Indonesia sebagai pemerhati atas undangan tiga negara anggota rondaan bersama itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2017
Sebahagian daripada tentera Filipina yang ditugaskan untuk menyelesaikan ancaman keselamatan di Marawi. - Gambar fail
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
AWANI Ringkas: Taktik baharu scammer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [20/04/2024] - Noktahkan kemiskinan Sabah | Belum tahu jumlah peruntukan pembangkang | Freedom Flotilla to Gaza | Thailand terima 10.72 juta pelancong asing
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Malaysia-Thailand tingkat kerjasama atasi jenayah
Malaysia dan Thailand setuju tingkat kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan.
#AWANI745
#AWANI745
MCMC lapor polis terhadap Papagomo, Che Gu Bard dan Salim Iskandar
MCMC menegaskan pihaknya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.
#AWANI745
#AWANI745
Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan
Hari ini bermula Kursus Haji Perdana secara berperingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
1.39 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Thailand terima ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi Malaysia jalani latihan anti keganasan
Latihan ini bagi mempersiapkan peserta dalam mendepani segala kenungkinan dan provokasi yang mungkin berlaku semasa pelayaran menghantar bantuan ke Gaza berlangsung.
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Rusia komited kepada ASEAN, tawarkan kepakaran dalam keterjaminan makanan
Rusia mengulangi komitmennya untuk memupuk hubungan yang berpanjangan dengan ASEAN, menjadikannya satu keutamaan utama dalam Konsep Dasar Luar Negaranya.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Anwar tarik pelabur Australia, ASEAN, kongsi persekitaran kondusif Malaysia
Anwar menegaskan kepentingan kestabilan politik, kejelasan dasar serta tadbir urus baik dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi pelaburan serta pertumbuhan ekonomi Malaysia.