SIPDERMAN Perancis, Alain Robert ulangi aksi panjat bangunan mercu tanda tanpa sebarang bantuan peralatan.

Terbaharu, beliau berjaya menawan Menara Heron yang terletak di daerah perniagaan London.

Menara Heron adalah bangunan 46 tingkat dengan ketinggian 230 meter.

Robert, 56 tahun, hanya ambil masa sejam untuk daki hingga ke puncak menara.

Robert, 56 tahun, hanya ambil masa sejam untuk daki hingga ke puncak menara. -Reuters

Tindakan Robert mengundang tumpuan umum sehingga trafik di kawasan berkenaan terhenti.

Tindakan Robert mengundang tumpuan umum hingga trafik di kawasan berkenaan terpaksa dihentikan. -Reuters

Polis Metropolitan London mengesahkan Robert ditahan sebaik turun.

Dia didakwa menyebabkan kekecohan awam. Ini bukan kali pertama Robert ditahan kerana aksinya.

Sehingga kini Robert sudah daki lebih 100 menara pencakar langit termasuk menara berkembar KLCC.