Berita  | Dunia

Suami diikat, isteri dan anak dinoda 20 lelaki

Suami diikat, isteri dan anak dinoda 20 lelaki
Lebih menyedihkan, dia melihat isteri dan anak gadisnya dinoda kumpulan lelaki tersebut yang turut mengacukan pistol ke arah mangsa. - Foto Sinar Harian
BIHAR: Kejam! Begitulah tindakan sekumpulan lelaki bersenjata yang mengikat seorang lelaki ke sebatang pokok lalu menodai isteri serta anak perempuannya.

Dalam insiden Rabu lalu, sepasang suami isteri dan anak mereka berusia 15 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal setelah menutup klinik mereka di daerah Bihar.

Setibanya di sebuah kawasan sunyi berhampiran sebuah kampung, kira-kira jam 8 malam waktu tempatan, keluarga malang itu dikepung sekumpulan 20 lelaki bersenjata.
Si suami yang juga seorang doktor, telah diikat ke sebatang pokok apabila cuba melindungi keluarganya daripada diganggu samseng berkenaan.

Lebih menyedihkan, dia melihat isteri dan anak gadisnya dinoda kumpulan lelaki tersebut yang turut mengacukan pistol ke arah mangsa.

Inspektor Jeneral Nayyer Hasnain Khan berkata kumpulan lelaki terbabit turut disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di kawasan tersebut beberapa hari sebelum kejadian itu.

Pihak polis Bihar memaklumkan dua dari kesemua suspek yang ditahan telah dikenal pasti oleh mangsa.

India mencatat 40,000 kes keganasan seksual di seluruh negara pada tahun 2016 dan ia dilaporkan semakin meningkat setiap tahun. - Dailymail