Sepasang suami isteri dijumpai mati bersama anak lelaki mereka yang berusia tujuh tahun.

Dalam kejadian pada Isnin, mayat tiga sekeluarga yang menyewa flat di Evergreen Tower, Hong Kong itu dijumpai di atas katil dengan ketulan arang yang dibakar di dalam bilik tidur mereka.

Insiden tersebut dilapor oleh jiran yang terhidu bau aneh dan menyangka berlaku kebocoran gas di kediaman mereka.

Polis, dalam pada itu, percaya pasangan berkenaan telah memberikan anak lelaki mereka ubat khayal sebelum kedua-dua mereka bertindak membunuh diri.

Pasangan itu juga dilapor meninggalkan nota bunuh diri yang menyatakan bahawa mereka mengalami masalah kesempitan wang dan berhutang sejumlah amaun yang besar dengan pihak bank.

“Tiada kesan luka pada tubuh mayat dan tiada tanda pecah rumah berlaku.

"Mereka sekeluarga dipercayai telah mati pada Isnin dan bedah siasat akan dijalankan,” kata polis.