Seorang lelaki menembak mati bekas isterinya dalam satu insiden di sebuah pusat beli belah pada Sabtu di Thousands Oak, California.

Suspek sebelum itu dipercayai bertengkar dengan wanita berkenaan yang turut membawa bersama anak mereka.

Selepas membunuh isterinya, suspek kemudian bertindak menembak dirinya sendiri.

Suspek walau bagaimanapun cedera parah dan dikejarkan ke hospital.

Sementara itu, laporan media menyebut bahawa anak pasangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan selamat.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai cubaan bunuh dan membunuh diri.