Seorang suami secara tidak sengaja tertembak isterinya ketika sedang 'membersihkan' senjata api di rumah mereka di Jalan Raymond, Corinth, New York Amerika Syarikat.

Eric Rosenbrock, 35 tahun yang mempunyai lesen sah memiliki senjata api itu tertembak isterinya, Ashley Rosenbrock, 34 tahun dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam.

Bapa kepada tiga orang anak itu segera membawa Ashley ke Hospital Saratoga sebelum disahkan meninggal dunia.

Siasatan masih dijalankan dan setakat ini, tiada pertuduhan dikenakan ke atas Eric yang merupakan seorang guru sains.

Beliau mungkin berdepan kesalahan kecuaian atau tuduhan bunuh.

Para jiran melahirkan rasa terkejut dengan kematian itu kerana menyifatkan pasangan itu merupakan suami isteri yang bertanggungjawab ke atas tiga anak mereka.

Polis berkata, pihaknya masih menyiasat jenis senjata api yang digunakan.