Lebih 200,000 pelarian etnik Myanmar berdepan risiko banjir dan tanah runtuh susulan kedatangan musim Monsun di Bangladesh.

Selepas bertarung nyawa melarikan diri dari negara sendiri, hujan lebat berterusan merupakan salah satu lagi cabaran yang perlu dihadapi di kem pelarian di Kutupalong.

Tanah runtuh adalah bahaya paling dekat di kem tersebut.

Hujan lebat berterusan merupakan salah satu lagi cabaran yang perlu dihadapi di kem pelarian mereka di Kutupalong - Foto: Reuters
Hujan lebat berterusan merupakan salah satu lagi cabaran yang perlu dihadapi di kem pelarian di Kutupalong. - Foto Reuters


Sky News melaporkan, sehingga kini, 12 orang dilaporkan terkorban.

Antara yang terawal, Ajida Begum, kanak-kanak bersusia 7 tahun.

"Saya tidak boleh melupakan dia. Tidak langsung. Setiap hari, Ajida akan ke sekolah dan apabila pulang, akan bermain disini.

"Walaupun kami berdepan pelbagai kesukaran, namun apabila bersama keluarga kami gembira. Ajida seorang anak yang baik. Saya tidak boleh melupakan dia. Adiknya yang paling sering tanyakan dia kenapa masih belum pulang dan sering mimpikan kakaknya itu,“ luah bapa Ajida, Ruhul Amin.

Para agensi bantuan bergelut mencari jalan untuk melindungi pelarain-pelarian berkenaan
Para agensi bantuan bergelut mencari jalan untuk melindungi pelarain berkenaan. - Foto Reuters


Ajida meninggal dunia bulan lalu, selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh ketika keluar mencari kayu api bersama rakan-rakannya.

Di sebalik kesukaran yang dihadapi pelarian, para agensi bantuan keselamatan juga bergelut mencari jalan untuk melindungi pelarain-pelarian berkenaan.

"Mereka tinggal di tempat perlindungan yang sangat serba kekurangan. Itu adalah fakta dan perlu memindahkan mereka ke lokasi yang selamat secepat mungkin bagi memastikan bantuan makanan dan sumber bantuan lain dapat sampai kepada mereka, “ ujar wakil Program Pemakanan Dunia, Shelley Thakral.


Hujan lebat berterusan merupakan salah satu lagi cabaran yang perlu dihadapi di kem pelarian mereka di Kutupalong
Hujan lebat berterusan merupakan salah satu lagi cabaran yang perlu dihadapi di kem pelarian mereka di Kutupalong. - Foto Reuters

Dalam pada itu, nasib entik Rohingya terus menjadi berita utama, dengan Amnesty International melaporkan bukti baru kekejaman yang dikenakan terhadap penduduk Rohingya.

Ia juga menyebut gesaan kumpulan hak asasi manusia yang mahu 13 komander tentera tertinggi didakwa atas jenayah terhadap kemanusiaan.