Tutup

Berita  | Dunia

Sudu, pisau, berus gigi dalam usus lelaki ini

Sudu, pisau, berus gigi dalam usus lelaki ini
Lelaki itu dipercayai mengalami gangguan pemakanan digelar pica yang menyebabkan individu memakan objek pelik. - Foto Agensi
NEW DELHI: Sekumpulan doktor di India terkejut selepas menemukan tujuh sudu, sebilah pisau, dua berus gigi, dua pemutar skru dan rod kecil dalam usus seorang lelaki berdasarkan pemeriksaan sinar X yang dilakukan ke atasnya.

Lelaki di Mandi itu dikejarkan ke Kolej Perubatan Lal Bahadur Shastri selepas dia mengadu sakit perut.

Doktor kemudiannya terpaksa melakukan pembedahan yang mengambil masa selama empat jam untuk mengeluarkan kesemua objek tersebut.

“Kami amat terkejut kerana ia berlaku di depan mata kami. Dia mengalami masalah gangguan mental. Kini, pesakit itu berada dalam keadaan stabil,” kata Dr Suraj Bhardwaj.
BACA JUGA: Pemegang motosikal tersumbat dalam rahim

Lelaki itu dipercayai mengalami gangguan pemakanan digelar pica yang menyebabkan individu memakan objek pelik. - Agensi


Tag: India, perubatan, lelaki, doktor, berus gigi dalam usus, sinar x, pemutar skru



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.