Berita  | Dunia

Sungai terpanjang di Itali dalam pemantauan

Sungai terpanjang di Itali dalam pemantauan
Sebuah pondok menjual tiket kelihatan separuh tenggelam akibat dibanjiri Sungai Po di Turin, Itali, 6 Nov, 2018. REUTERS
TURIN: Itali kini bersiap sedia bagi berdepan kejadian banjir besar berikutan hujan lebat berterusan.

Sungai terpanjang di Itali, Sungai Po, kini berada di bawah pengawasan ekoran tebingnya yang pecah pada Selasa.
Faktor cuaca dengan hujan lebat dan angin kencang berpanjangan mendorong kepada kejadian itu.

Ratusan pokok turut dilaporkan tumbang dan hanyut di sepanjang sungai itu.

Lebih 30 orang maut sejak minggu lalu disebabkan cuaca buruk itu yang membawa kepada kemusnahan besar.