Suspek letupan bom yang berlaku di terminal bas penguat kuasa pelabuhan New York pagi Isnin, dikenal pasti sebagai Akayed Ullah, warganegara Bangladesh yang menetap di Brooklyn.

Suspek berusia 27 tahun yang kini ditahan pihak berkuasa New York dikatakan telah membuat peranti bom berkenaan di tempat kerja.

Suspek telah mengikat bahan letupan berkenaan di badan sebelum bertindak meletupkannya menyebabkan dia mengalami lecur.

Dua orang awam dan seorang anggota polis turut cedera dalam kejadian tersebut.

Bahan letupan itu diperbuat daripada paip dan dipasang kepada suspek menggunakan zip dan velcro, kata polis.

Gabenor New York Andrew Cuomo ketika bercakap pada sidang media berkata peranti itu seolah dihasilkan seorang yang "amatur".