Seorang lelaki di Miami, Amerika Syarikat bukan sahaja dihadapkan ke mahkamah kerana mencuri, tetapi juga mendapat malu apabila mengetahui hakim yang mengendalikan kesnya adalah bekas rakan sekelasnya.

Hakim Mindy Glazer sedang mengendalikan pendengaran kes Arthur Booth, apabila dia tiba-tiba bertanya kepada "Adakah awak bersekolah di Nautilus ketika di sekolah menengah?"

Mindy - Arthur
Gambar dari Youtube

Booth nampak terkesima dengan soalan itu, sebelum menangis dan menyebut "Oh Tuhan!" beberapa kali.

Glazer kemudiannya berkata, "Saya bersimpati dengan nasib awak. Saya selalu tertanya-tanya apa terjadi kepada awak".

Glazer turut memberitahu, Booth yang dikenalinya dahulu seorang yang baik dan merupakan rakan sepermainannya. Sebelum menamatkan sesi pendengaran itu, Glazer sempat menyatakan harapannya agar Booth insaf dan menjalani kehidupan yang lebih baik dan mematuhi undang-undang.

Video yang dimuat naik ke laman Youtube itu menjadi viral dengan lebih 2 juta likes.

Booth dituduh mencuri selepas dilihat meninggalkan lokasi kejadian kecurian dan dia juga gagal memberhentikan kereta apabila diminta berbuat demikian oleh polis.

Video: Laman News TV