Kumpulan militan Daish antara mereka yang diburu pihak berkuasa Turki berhubung siri letupan bunuh diri di sebuah lapangan terbang utama di sini.

Setakat ini, dilaporkan 13 suspek militan Daish telah ditahan.

Mereka dipercayai suspek kepada beberapa siri letupan bom lewat petang Selasa di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul, Turki.

Sehingga kini masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab, namun serangan disifatkan sebagai terancang.



Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk ialah antara lapangan terbang paling sibuk di Eropah.

Susulan insiden itu, penerbangan masuk dan keluar digantung sementara.