Gara-gara mengesyaki isterinya curang, seorang lelaki bertindak menembak mati wanita itu dan dua anak mereka.

Dalam kejadian di Multan, tengah Pakistan pada Isnin, lelaki berkenaan turut membunuh enam keluarga mertuanya termasuk ibu mentua dan tiga ipar serta anak-anak mereka.

Pegawai Daerah Polis Bandar Multan, Imran Mehmood berkata suspek kemudian membakar kediaman keluarga isterinya bersama kesemua mayat.

Ketika disoal siasat, suspek Muhammad Ajmal mengaku melakukan pembunuhan itu sebagai tindakan membalas dendam.

Dia mengesyaki isterinya Kiran menjalin hubungan sulit selepas melihat gambar wanita itu bersama lelaki lain.

Kata Imran, suspek yang bekerja sebagai tukang jahit di Arab Saudi pulang ke Pakistan dengan niat melakukan pembunuhan itu.

Suspek dan ayahnya ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh.

Polis masih memburu seorang saudara lelaki suspek yang dipercayai terbabit dalam jenayah itu.