Syarikat penerbangan Australia, Qantas sekali lagi diumumkan sebagai syarikat penerbangan paling selamat untuk dinaiki di dunia bagi tahun 2015.

Pemilihan itu dibuat menerusi AirlineRatings.com, sebuah laman web yang membuat penarafan aspek keselamatan dan operasi syarikat-syarikat penerbangan dari seluruh dunia.

Menerusi laman webnya, AirlineRatings.com turut menyenaraikan sepuluh syarikat penerbangan paling selamat dan sepuluh syarikat penerbangan kos paling rendah bagi tahun 2015 daripada sejumlah 449 syarikat penerbangan yang dinilai.

Sepanjang 94 tahun dalam sejarah penerbangan, Qantas dikatakan mempunyai rekod luar biasa dalam ciri-ciri keselamatan dan operasinya. Ketika ini juga Qantas merupakan syarikat penerbangan paling berpengalaman di dunia.

Sistem penarafan AirlineRatings.com mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan dengan audit-audit oleh badan-badan pentadbiran syarikat penerbangan dan rekod kematian dicatatkan daripada syarikat-syarikat penerbangan tersebut.

Qantas sekali lagi mempertahankan kedudukan teratas penilaian tersebut dengan rekod sifar kadar kematian di sepanjang sejarah penerbangan syarikat itu.

Antara syarikat penerbangan lain yang turut menduduki senarai syarikat penerbangan paling selamat selepas Qantas adalah: Air New Zealand, Cathay Pacific Airways, British Airways, Emirates, Etihad Airways, EVA Air, Finnair, Lufthansa dan Singapore Airlines. (tanpa mengikut kedudukan)

Kumpulan editorial AirlineRatings.com yang paling disegani di dunia juga memeriksa sejarah operasi syarikat-syarikat penerbangan itu dan kecemerlangan operasi untuk mencatatkan sepuluh syarikat penerbangan yang paling selamat.

Menurut editor AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas, “ Sepuluh syarikat penerbangan teratas yang paling selamat kami senaraikan, selalunya menjadi perintis inovasi keselamatan penerbangan.

“Syarikat-syarikat penerbangan ini sinonim dengan kecemerlangan,” tambah beliau.

Thomas juga menyatakan bahawa jelas Qantas menyerlah dalam ciri-ciri keselamatan dan merupakan penanda aras untuk amalan terbaik industri.

Selain daripada sepuluh syarikat penerbangan yang paling selamat , laman web ini juga menyenaraikan sepuluh syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat.

Syarikat-syarikat penerbangan tersebut mengikut abjad: Aer Lingus, Alaska Airlines, Icelandair, Jetstar, Jetblue, Kulula.com, Monarch Airlines, Thomas Cook, TUI Fly dan Westjet.

" Tidak seperti beberapa syarikat penerbangan tambang murah , penerbangan ini telah lulus semua peraturan ketat Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa Audit Keselamatan Operasi ( IOSA ) dan mempunyai rekod keselamatan yang paling cemerlang," kata Thomas .

Daripada 449 syarikat yang dikaji , hanya 149 yang memperoleh kedudukan keselamatan tujuh bintang dengan hampir 50 lagi mempunyai hanya tiga bintang atau kurang.

Manakala, lima syarikat penerbangan dengan hanya satu bintang untuk keselamatan dari AirlineRatings.com ; Agni Air, Kam Air, Nepal Airlines, Scat and Tara Air.