Syria telah mengeluarkan visa pertama kepada pasukan misi pencarian fakta untuk Pertubuhan untuk Larangan Senjata Kimia (OPCW) bagi menjalankan siasatan di Douma.

Ini bagi membolehkan mereka mendapat akses yang mudah bagi menyiasat penggunaan senjata kimia seperti yang didakwa berlaku di sana.

Duta Syria ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Bashar Ja’afari berkata, penyiasatan ini perlu dilakukan kerana media tempatan di sana berulang kali menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang serangan membabitkan senjata kimia di sana.

Ja’afari berkata demikian pada sebuah mesyuarat khas Majlis Keselamatan PBB yang dianjur oleh duta Bolivia yang menyeru semua anggota agar bersetuju tindakan sewajarnya harus diambil bagi menghadapi ketegangan di Douma.

Sebelum ini media antarabangsa melaporkan serangan senjata kimia yang berlaku di Douma telah membunuh puluhan warganya.

Amerika Syarikat dan sekutunya sebelum ini turut menuduh serangan dirancang oleh Presiden Bashar al-Assad dan sekutu kuatnya Presiden Rusia Vladimir Putin.

Tuduhan turut dilemparkan kepada Iran yang didakwa menyokong perlakuan yang tidak berperikemanusiaan ini.