Sistem pertahanan udara tentera Syria telah menangkis serangan Israel ke atas wilayah Quneitra, laporan media kerajaan.

Agensi berita rasmi Syria SANA melaporkan pada lewat Rabu bahawa pesawat tempur Israel melepaskan beberapa peluru berpandu di kedudukan tentera Syria berhampiran dengan Bukit Golan yang diduduki Israel menyebabkan hanya kerosakan material.

"Pesawat musuh Israel melepaskan beberapa peluru berpandu ke arah beberapa lokasi tentera," kata sumber ketenteraan Syria. - Agensi