Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun meminta supaya orang ramai tidak tersalah menyebarkan undang-undang berkaitan kelulusan ahli parlimen.

Beliau turut mempersoalkan apakah motif utama penyebaran maklumat palsu berkaitan seksyen di dalam Kanun Keseksaan.

"Seksyen 420/466 dan 471 Kanun Keseksaan bukan seperti yang dinyatakan di dalam gambar ini.

"Tak elok buat begini," katanya menerusi akaun Twitter miliknya.


Sebelum ini tersebar maklumat mengenai ahli parlimen yang didapati bersalah menipu SPR menggunakan sijil-sijil palsu semasa bertanding boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 420/466 dan 471 Kanun Keseksaan.